Isnin, 18 Mei 2009

Lebih 50 thn Merdeka tapi Bahasa Melayu.........

Dialog untuk pemohon PSV teksi lemah bahasa Melayu


KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan akan mengadakan dialog dengan persatuan dan pemandu teksi bagi menangani masalah dan kesukaran yang dihadapi ahli ketika memohon lesen Perkhidmatan Kenderaan Awam (PSV)

Sekali lagi di paparkan bahawa bahasa Melayu menjadi bahasa yang kedua atau ketiga atau keempat. Yang penting bahasa Melayu bukan merupakan bahasa pertama didalam negaranya sendiri....
Sudah lebih 50 tahun merdeka masih lagi ader warganegara yang tidak fasih betutur didalam bahasa Melayu....
Pusat pengajian tinggi juga seumpama, tidak mengiktiraf kedudukan bahsa Melayu. Ini kerana semua penuntut perlu lulus ujian MUET (Malaysian University English Test) sebagai syarat kemasukan ke universiti.
Didalam pendidikan sekolah rendah dan menegah kementerian pendidikan telah menafikan kebolehan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar ILMU.
Pihak kementerian lebih selesa menggunakan bahasa Inggeris didalam pengajaran Sains dan Matematik. Dengan alasan ia lebih mudah difahami jika menggunakan bahasa Inggeris.
Berbeza pula dengan sekolah jenis kebangsaan. Mereka lebih cenderung untuk mengajar dan mengukuhkan kepenggunaan bahasa ibunda masing2 didalam subjek dan pengajaran.

Jesteru itu bahasa Melayu hanya menjadi bahasa pertuturan di pasar2 atau jalanan.
Mungkin Malaysia telah merdeka tetapi Bahasa Melayu masih lagi dijajah........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut