Rabu, 14 September 2011

Ramadhan dan Syawal 1432 H

Ramadhan tahun ini mengamit sejarah bagi aku kerana pada 23 ramdhan 1432 H (23 Ogos 2011) aku mendapat seorang cahaya mata baru.

Nik baby aku yang baru beberapa jam dilahirkan (masih dalam bilik bersalin Hop. Bkt. Mertajam)

Banyak jugak kesukaran dan dugaan yang menimpa aku sepanjang kelahiran bayi baru nik.
Pertama sekali anak aku yang baru lahir mengalami masalah Juandis (KUNING) yang keritikal. sempat juga ditahan di hospital Telk.Intan sehari. lepas tu selang dua hari keluar hospital Tlk Intan. terpaksa pulak ditahan di Hospital Kampar. perkara nik berlaku sehari menjelang Aidil Fitri. malam tu jugak anak kecil aku nik dihantar ke Hospital Ipoh kerana tahap Juandisnya amat kritikal. Nak tak nak terpaksa jugak bermalam semalam di hospital ipoh pada malam raya tersebut.
Pagi raya anak2 aku beraya tanpa kehadiran bonda tercinta mereka. Namun menjelang tengah hari isteri dan baby baru aku dibenarkan keluar . Al hamdulillah... dapat juga isteri dan anak2 aku berhari raya bersama.
Sampai kesini... kesan juandisnya pon tetap ada namun menjelang seminggu barulah disahkan selamat... sekali lagi ALHAMDULILLAH...

Syawal di rumah kediaman (kuaters warden)
Semalam 12 haribulan seorang pelajar asrama diserang HISTERIA./DIRASUK....
pengalaman pertama aku mengendalikan kes yang sebegini... Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan aku. pelajar tersebut kembali normal setelah sekian lama aku berusha memulihkan nya...
ramai jugak pelajar yang terlibat... tapi dengan keberkatan dan kebesaran ALLAH semunya kembali normal...
Aku tak nak mengulas lanjut tentang perkara nik sebabnya aku pon tak berapa mahir tentang perkara nik...

satu hal lagi yang mengembirakan aku adalah kembalinya motorsikal klasik kesayangan aku setelah hampir 8 bulan di perelokan... bangga tak kira lah... walaupon motor nik dah sebulan road tax mampos...
Cuma sekarang yang agak kritikal adalah tentang projek INOVASI... minggu nik kena siap...
walau pon tak banyak yang kena buat lagi tapi tetap merunsingkan aku....
Semoga Allah memberi petunjuk dan pertolongan kepada aku dalam hal ini...

Ahad, 11 September 2011

CERITA MAT INDERA DARI PIHAK YANG MENYOKONG BELIAU


 Dalam hal ini saya berminat untuk melihat cerita tentang individu ini dari semua pihak. bukan nak buat apa2 kesimpulan atau penetapan, tetapi cuma nak tahu apa yang sebenarnya yang berlaku...

Ini pula cerita atau berita yang disampaikan oleh adik arwah Mat Indera

Pengikut